Kad OKU ini hanya boleh diperoleh dengan mendaftarkan diri di Pejabat JKM Daerah di tempat tinggal OKU berkenaan dengan perakuan doktor. Kad terbahagi kepada enam jenis warna mengikut kategori ketidakupayaan iaitu penglihatan (biru), pendengaran (ungu), fizikal (hijau), cerebral palsy (merah), masalah pembelajaran (kuning) dan lain-lain (oren).
Tujuan pendaftaran dengan JKM adalah untuk mengumpul data atau statistik bagi maksud perancangan perkhidmatan atau program pemulihan, pencegahan, latihan dan pendidikan serta intervensi awal. Walaupun pendaftaran adalah atas dasar sukarela, ia seharusnya digalakkan bagi OKU mendapatkan segala kemudahan dan insentif yang disediakan bukan sahaja oleh pihak kerajaan, tetapi juga swasta.
Keistimewaan kepada OKU
1) Pelbagai keistimewaan yang disediakan kementerian dan agensinya untuk OKU akan mudah disalurkan kepada OKU yang berdaftar. Umpamanya Kementerian Pelajaran di bawah Jabatan Pendidikan Khas menyediakan program khas kepada kanak-kanak daripada kategori kurang upaya penglihatan, pendengaran dan bermasalah pembelajaran. Program pendidikan dijalankan di sekolah pendidikan khas dan melalui program integrasi di sekolah biasa.
2) Pengecualian bayaran pendaftaran kemasukan pelajar kurang upaya pendengaran yang mengikuti latihan kemahiran di institusi pengajian di bawah kelolaan Kementerian Pelajaran.
3) Bagi pelajar yang berjaya melanjutkan pelajaran di Institut Pengajian Tinggi, mereka diberi elaun khas bulanan sebanyak RM300. Kemudahan ini adalah di bawah kelolaan Kementerian Penggajian Tinggi.
4) Pelajar kurang upaya di sekolah rendah dan sekolah menengah pula diberikan elaun sebanyak RM150 sebulan. Kemudahan ini di bawah kelolaan Jabatan Pendidikan Khas.
5) Jabatan Tenaga Kerja menggalakkan pihak swasta menyediakan peluang pekerjaan kepada golongan OKU melalui Jawatankuasa Penggalakkan Penggajian Orang Kurang Upaya di sektor swasta.
6) Pengecualian cukai jalan
Menurut JKM, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) juga menyediakan kemudahan pengecualian cukai jalan bagi orang kurang upaya fizikal yang menggunakan kenderaan kereta, van dan motosikal buatan tempatan mulai tahun 2004.Insentif pengangkutan
Malaysian Airlines System Bhd. (MAS) yang memberi tambang murah sehingga 50 peratus bagi penerbangan dalam negeri.
Keretapi Tanah Melayu Berhad – Tambang konsesi sehingga 50% bagi semua kelas perjalanan.
Syarikat bas Transnasional - Konsesi 50 peratus dari harga tambang
RapidKL memberi kemudahan tambang percuma kepada golongan kurang upaya.
7) Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) - Kemudahan menyewa rumah-rumah kos rendah atau rumah pangsa DBKL dengan pengurangan kadar sewa.
8) Syarikat Perumahan Nasional Negara (SPNB) - Diskaun sebanyak 20 peratus kepada golongan OKU berpendapatan rendah untuk memperoleh rumah kos rendah dan sederhana.
9) Pengecualian bayaran rawatan di hospital atau pusat perubatan awam di negara ini.
10) Pengecualian bayaran ke atas perkhidmatan menyedia dan memproses dokumen perjalanan (pasport antarabangsa).
0 comments:
Post a Comment